Wahai teman masa muda itu singkat kematian itu dekat masa lalu takkan kembali yang ada hanya kini dan masa depan … berbuatlah sesuka hatimu sekarang jika kau ingin sengsara di hari kemudian

Wahai teman tatkala engkau merasa tersisih ingatlah pesanku, percayalah kataku bahawa dirimu terlalu istimewa dan tak layak untuk engkau berputus asa kerana Tuhan sentiasa ada mendengar dan melihat segala

Wahai teman tahun demi tahun berganti saat demi saat tak pernah terhenti cuma satu kupinta darimu tetapkanlah matlamat hidupmu laluanmu akan menjadi mudah

Wahai teman jangan merasa berat dengan pesanku kerana aku kasih dan sayang padamu dan aku ingin… agar kau kasih pada Tuhan dan Rasulmu.